Sunday, January 23, 2011

A day in Singapore...


22/1/2011(SATURDAY)

(RM 85)..A one day trip to Singapore..
For the first time my feet grounded to oversea..hehe..too excited..

Hanya berbekalkan 25 dolar, Ami Ag mampu hidup di luar negara...haha..makan pon tidak..minum pun tidak..
RM 59.50 = 25 dolar Singapura...

"Merlion Park" ...Tempat pertama kami dibawa...kat sini, Ami Ag dapat melihat patung merlion(berkepala singa dengan badan ikan di atas puncak ombak) yang menjadi lambang dan simbol negara Singapura.

~patung "merlion" ~

~patung "merlion yang kecik~

~ami ag with aloy berlatarkan patung merlion~

Kawasan patung merlion sangat menarik.Bersebelahannya terdapat "One Fullerton" iaitu sebuah taman seluas 2.500 meter persegi, dan juga berlatarkan cakrawala kota,Marina Bay yang indah, gedung-gedung landmark dan banyak lagi bangunan2 lain. Ami Ag sempat bergambar bersama sahabat2 yang lain.wow..sangat teruja..:)

~ami ag bersama mila n yan~

~merlion park~

~pemandangan bertentangan merlion park~

~bangunan belakang ami ag "shape die macam kapal" kan???~

~ami ag mengambil peluang berehat sebentar.zzzzz~

Tepat 12 tengah hari, Ami Ag dan sahabat di bawa ke Masjid Sultan. Kami di beri masa lebih kurang 2 jam untuk berkunjung di sana.Masjid Sultan merupakan masjid kedua tertua di Singapura dan yang menariknya masjid ini mempunyai kubah emas.Masjid Sultan ini juga berdekatan dengan Arab Street,Bugis street dan muzium(malay heritage centre).Ami Ag sempat membeli sedikit cenderahati di kedai-kedai berdekatan masjid.

~masjid sultan berkubah emas ~

~Ami Ag bergambar depan tangga masjid sultan~

~forget nama tempat ni..tp, tempat ni belakang masjid sultan~

~tempat beli cenderahati.^!^~

~sebelum masuk malay heritage centre~

~kapal peninggalan sejarah kot..ngee..~

Lebih kurang kol 3 ptg, ami ag dan sahabat di bawa merayap ke "pulau sentosa".. Setiap orang diberi peta Pulau Sentosa.Jadi, suka hati la nak pegi mana asalkan jangan keluar dari pulau..kalau da keluar dari kawasan pulau..alamaknye kena bayar la balik sendiri kalau nk masuk....
Antara tempat yang ada dalam pulau sentosa ni : Siloso beach, pahlawan beach, Siloso point,Imbiah lookout, etc...Ami Ag xsempat nk g semua tempat ni..
huhu..jom kita tengok gambar2 yang ami ag sempat snap...~


~yum..yum...tgk sudah~

~kat sini,byk kedai coklat~

~ami ag bergambar dng aloy di hadapan universal studio~

~just us it.free jer..naik byk2 kali pon free~

~tengokla peta kalau sesat~


~ni kawasan pantai siloso~

~ni tmpat nk naik "Imbiah lookout".tempat ni ala2 benteng kat negara china..hihi~

~loceng berbunyi~

~err...kalau dah nama pantai..macam ginilah...tutup mata~

~betapa tingginye singa tu dibandingkan dengan ami ag~

~tmpt ni dah atas bukit ."images of Singapore"

~ "song of the sea"..xmasok pon tengok tayangan die~


Seronok mmg seronok...Tapi,jgn tingal sembahyang sudah la..hehe..:)..kat kawasan pulau ni xde masjid..surau pon kecik je..so,muslim muslimat...cari la tmpat sembahyang yg sesuai....ngeee..

gud bye singapore...




~that`s some pictures budak2 comel yang ke Singapore..enjoy it..~


Saturday, January 1, 2011