Friday, April 4, 2014

Trip ke Pulau Langkawi..

Alhamdulillah..

Masih hidup bernafas di bumi Allah ini sebagai seorang penganggur.
Apa penganggur boleh buat melainkan duduk bersandar teringat kisah-kisah hidup yang lalu.. 
Rindunya saat riang ria pergi berjalan-jalan ke situ ke sini dengan kawan-kawan UTM. 
Alangkah seronoknya kalau boleh pergi bercuti lagi...Argghh..teringat pergi ke Pulau Langkawi awal tahun hari tu... Punyalah awal merancang lepas habis perbentangan dissertation hari tu nak pergi bercuti... Siap booking flight awal-awal. Last-last hampir takjadi pergi kami ke sana. Namun, dengan izin Allah, walau banyak dugaan berlaku (masalah disertation) aku tetap sampai di Pulau Langkawi bersama mila, wani dan yana.  



6/1/2014 Isnin


Dari Johor ke KL --- bas Tranasional (RM34.30) 

Dari TBS ke LCCT --- bas JETBUS (RM8.00)

Dari LCCT ke Langkawi ---Air Asia (RM 26.00)
Dari Langkawi ke LCCT ---Air Asia (RM 69.00)
Dari LCCT ke Johor ---Air Asia (RM 26.00)


Kereta sewa untuk 3 hari 2 malam (RM120)
tempah siap-siap..tunggu owner dia bawak ke airport


Dapat je kereta sewa, terus kami ke ADINA DRIVE IN MOTEL di Pantai Chenang..
Adina Drive in motel family room 2 malam (RM250)

Kenapa kami pilih untuk stay disini??

Hasil google dari experience orang lain ke Pulau Langkawi, Pantai Chenang adalah salah satu lokasi menarik untuk menginap kerana meriah dengan orang ramai terutamanya di waktu malam..
Kami tiba di motel ni kira-kira 10.30 malam.. Sungguh waktu itu masih ramai orang di jalanan lagi-lagi mat dan minah salleh. Rasa risau tetap ada, lagi-lagi kami berempat semua perempuan.. Malam itu, sebelum tidur, kami berjalan sekitar deretan kedai di Pantai Chenang. Berhadapan AB Motel, kami terjumpa satu kedai menawarkan pakej Island Hoping (RM25). Apalagi, terus kami ambil pakej tersebut.


7/1/2014 Selasa

Seawal jam 8 pagi, kami keluar untuk breakfast.

Tepat 9 pagi, kami terus ke kedai di mana kami menempah pakej Island hoping. Dengan menaiki van, kami dibawa ke tepi pantai untuk menaiki bot. Pakej Island Hoping merangkumi perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan tempat Eagle feeding.

Ini bot kami naik

Mila, wani, yana, me

Island Hoping (3 tempat yang dibawa)

Mula-mula kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting.Sebelum sampai ke tasik tersebut, pemandu bot berhenti berhadapan satu bukit yang seakan-akan berbentuk perempuan mengandung. Dongengnya juga kalau perempuan yang susah dapat anak minum / mandi air tasik ini akan cepat dapat anak...

Bukit ini (Tasik Dayang Bunting) berbentuk perempuan yang tengah pregnant


Ini la Tasik Dayang Bunting.. Penat juga panjat bukit tangga kat sini..

Untuk sampai ke sini, kami  terpaksa mendaki bukit (Tasik Dayang Bunting)

Kat sini ada Bot Kayuh (Tasik Dayang Bunting)

semestinya kami tak lepaskan peluang naik bot kayuh... boleh pusing2 sekitar tu..


Masing masing  penat mengayuh woo..


Destinasi kedua kami ke Pulau Beras Basah. Akibat keletihan mengayuh bot kayuh, kami hanya berehat sambil tengok je orang lain main kat sini.


                         
Lepak sekitar Pantai Beras Basah
Main jetski, bananaboat pun boleh di Pantai Beras Basah ni

Hanya mampu melihat orang main..mahal kot nak main payung terbang di awan tu..hehe

Destinasi terakhir kami ke tempat tengok helang...Banyak betul helang kat situ.Nanti pemandu bot tu baling roti, boleh la helang-helang tu datang dekat..




Pada sebelah petang,  kami pergi naik kereta kabel Langkawi. Sesiapa datang ke Langkawi ni wajib datang sini taw... Disebabkan kami warganegara Malaysia dapatlah diskaun separuh harga (RM15). Sangat-sangat teruja nak naik kereta kabel sebabnya kita akan sampai ke puncak setinggi 700 meter..woww..

This is Kereta kabel yang kami naik..awww aww.
Mula-mula naik kereta kabel ni gayat la jugak 10 sen..bila pandang bawah, rasa nak terlucut jantung..

Cantikkan..Ni tak sampai lagi ni puncak.

Bila dah sampai puncak, Subhanallah, indahnya ciptaan Allah..Tenang je duk atas tengok pemandangan.

tuuu..Puncak tu..nak p naik situ lah..

Saya di situ..peace.....Arghhh..Cantiknya kat sini..Macam tak nak turun...!!

Rasa macam tak nak turun je dari puncak tu..Tapi takkan nak tidur situ pulakk kan. haih... Turun je dari Kereta kabel tu, kami berjalan-jalan sekitar kawasan bawah pula... Sebenarnya, masing-masing dah penat berjalan seharian hari tu..Tapi digagahkan juga la kaki ni melangkah..Macam rugi pulak kan kalau tak meronda...

Ini tempat nama dia Oriental Village Langkawi..Ala-ala korea gitu tempatnya


Tu diaa..Winter Sonata gituu..

Ok..dah dah..habis citer kereta kabel, oriental village langkawi....Lepas tu, kami  terus pergi mencari kedai Haji Ismail Group, tempat jual coklat-banyak tu. Esoknya nak balik, senang sikit nak cari Haji Ismail tu..Boleh pi borong banyak-banyak terus. Hanya berbekalkan peta di Wave handset jer, kami meronda-ronda pusing Langkawi..Hampir sesat jugak la, walau ada wave pon..haha..yela...masing-masing kali pertama datang situ...Apa lagi cari direction ke Jeti Langkawi, Dataran Lang, Haji Ismail group (banyak jugak cawangan dia, hampir semua cawangan la kami singgah..hahaha..tamak) dan lain-lain tempat (lupala). Semestinya, sesiapa datang ke Langkawi, tak terlepas ke Dataran lang... Kira dapat snap-snap helang gergasi ni jadilaaa..
Helang besar disitu..

Semangat kena ada..hihi..:) 

Menunggu matahari balik kampung....

Subhanallah.Allahuakbar..sungguh indah ciptaan Allah..

Ini lah Dataran Lang Langkawi, dekat je dengan Jeti Kuah.. 

Alhamdulillah...Walaupun trip ke Pulau Langkawi hari tu sangat singkat, tapi rasa puasnyaa... Last-last,baru perasan sekeping gambar coklat pun aku tak ambik..dah abih dah laa aku makan dan bagi-bagi kat orang.. Padahal habis beratus-ratus jugak untuk coklat... Kini, kusedar, aku ni boleh tahan tamak jugak..Ye la, time membeli tak ingat dunia... Allahuakbar, jauhlah sifat tamak dan boros dalam diri aku ni..Moga lain kali aku harus berjaga-jaga...

I love Langkawi.. <3











2 comments:

Cik Dee said...

So awesome. I likeee your trip.

~Ami Ag~ said...

Thanks Cik Dee.. <3