Tuesday, April 1, 2014

throwback...aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Bila rasa sunyi begini, teringat memori aku yang dulu..

Memori dulu,
ada yang manis, ada yang pahit.
ada yang bahagia, ada yang sedih.
ada yang mengembirakan, dan ada yang memalukan.
semua orang pasti merasa..

Sungguh...aku malu yang pahit.aku malu yang sedih, aku malu yang memalukan.
malu dengan diri aku.
malu dengan sikapku.
malu dengan setiap kisah yang pernah aku coretkan dalam hidupku.

Tapi,
itu semua masa lalu.
masa lalu hanya menjadi sejarah dalam hidupku.
masa lalu mengajar aku erti kehidupan, kasih sayang, kedewasaan dan peringatan.

kata orang,
ambillah pengajaran dari masa lalu,
dan lupakan rasa sakitnya...



Kalau kamu kenal aku sebagai sahabat,
kekalkan aku sebagai sahabatmu selamanya.
Kerana aku tak mampu mencari sahabat lain sebaik-baik sahabat yang aku ada.
Aku tahu kadang-kadang aku membosankan dan merimaskan kamu sahabat,
tapi, aku pasti masa lalu kita pasti ada satu saat bahagia,
andai tidak kamu pasti tidak menganggapku sebagai seorang sahabat,
aku sayang sahabat aku.


Kalau kamu kenal aku sebagai orang yang pernah kacau bilaukan hidupmu,
maafkan aku atas segala khilafku,
maafkan aku pernah menconteng masa lalumu,
kerana aku tahu aku terlalu mengikut kata hatiku yang tak menentu saat itu,
apa yang aku tahu, mahu menjadi teman kamu,
tapi aku tersalah jalan untuk mendekatimu,
aku malu dengan setiap perlakuanku,
mungkin anggapanmu terhadapku sangat serong,
sungguh, aku waras,
aku tahu mana yang benar mana yang salah,
Lupakan aku seorang pesalah, 
bebaskan aku dari masa lalumu.


Kalau kamu tidak pernah mengenali diriku,
dekati aku jika aku boleh beri secebis bahagia dalam hidupmu,
jauhi aku jika aku bukan sesiapa untukmu..




No comments: